Ada agenda tersembunyi yang sengaja timbulkan konflik?

Oleh – Bakhtiar Omar


Ada agenda tersembunyi yang sengaja timbulkan konflik?

Kebelakangan ini negara bukan sahaja mengalami cuaca panas di seluruh negara, malah berlaku juga konflik-konflik tertentu yang menaikkan suhu politik.



Jika diperhatikan perjalanan konflik yang menyebabkan suhu politik makin panas, seolah ada agenda tertentu yang disengajakan oleh pihak tertentu.

Adakah ianya rentetan Titah KDYMM Agong, Sultan Ibrahim yang enggan melayan mana-mana pihak yang berhajat untuk menggoyahkan kestabilan politik?

Tidak menolak ada nada kecewa pihak tertentu apabila Titah Agong menutup ruang kepada mereka yang mahu bermain politik hanya untuk berkuasa.

Ada juga yang masih tidak dapat menerima hakikat dan cuba menuding jari kepada Kuasa Eksekutif kerana mereka tidak berjaya menubuhkan kerajaan.



Walhal, pemimpin utama mereka yang sengaja menolak pilihan yang diberikan YDPA ketika itu. Lantas mereka menggunakan kerjasama parti politik yang menubuhkan kerajaan untuk memburukkan parti tertentu.

Tidak terkecuali isu yang melibatkan sensitviti kaum juga menjadi antara platform pihak tertentu mencari ‘keuntungan politik’ bagi parti mereka.

Dari isu makanan sehingga isu Kampung Warisan ke isu stokin, ia seakan sengaja diatur mengikut perancangan dan akan ditimbulkan bila perancangan awal gagal.

Isu sekolah vernakular juga didebatkan rakyat kerana isu-isu sensitif yang ditimbulkan. Malah, ada sesetengah ahli politik begitu celupar mengeluarkan kenyataan yang menghiris hati kaum lain.



ADA ‘TANGAN GHAIB ‘ DAN ‘KALDAI TUNGGANGAN’ MAINKAN ISU SENSITIF 

Ini semua jika diteliti, ia seakan ada ‘tangan ghaib’ yang merancang segalanya menerusi ‘kaldai tunggangan’.  ‘Tangan ghaib’ pula sedang resah bila mengingatkan tindakan yang akan dihadapi mengikut undang-undang.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan untuk rakyat, sangat mudah pihak tertentu mejalankan agenda mereka mempengaruhi rakyat dengan perkara sensitif.

Mudah bagi mereka mengambil kesempatan terhadap pemikiran yang berlandaskan emosi dengan hanya menggunakan tajuk sensasi bagi menarik perhatian rakyat.

Ini sangat tidak baik untuk hubungan majmuk dalam negara dan sewajarnya kerajaan memandang serius perkara sebegini.



Perlu diingatkan, sekiranya hubungan antara kaum tidak dijaga dengan baik, tersinggung bahu sedikit boleh dijadikan isu perkauman di masa hadapan sekiranya tidak ditangani kerajaan dengan baik.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button