Wanita warga emas dakwa suara bilal ganggu kejiranan direman 4 hari

Oleh – Syeikh Baran


Wanita warga emas dakwa suara bilal ganggu kejiranan direman 4 hari
Tangkap layar seorang wanita memasuki ke ruang solat lelaki Masjid Jamek Ar-Rahman di Batu Ferringhi yang tular di media sosial.

Wanita yang tular selepas mendakwa suara bilal dan imam di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Ferringhi, di sini menganggu kejiranan kawasan terbabit direman selama empat hari, bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, penahanan reman terhadap wanita warga emas itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.



“Reman ke atas wanita tersebut dibenarkan selama empat hari, bermula hari ini.

“Wanita itu juga mungkin mempunyai masalah mental dan akan dirujuk kepada pakar psikiatrik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di laman sosial yang memaparkan tindakan seorang wanita yang tidak menutup aurat memasuki ke ruang solat lelaki lalu mempersoalkan mengenai suara bilal dan imam di Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Ferringhi yang dikatakan mengganggu kejiranannya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam, 12 Mac lalu ketika jemaah sedang menunaikan solat sunat witir dan pihak pengurusan masjid telah membuat stau laporan polis berhubung insiden tersebut.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button