Jentera bomba terbabas dan terbalik, lima anggota terselamat
Jentera bomba terbabas dan terbalik, lima anggota terselamat

KEMAMAN: Lima anggota Bomba terselamat meskipun jentera Fire Rescue Tander (FRT) yang dinaiki mereka terbalik selepas terbabas di Kilometer 115, Jalan Jerangau-Jabur dekat Cheneh, hari ini.
Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II , Azman Alias berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 1.10 tengah hari dan tiada sebarang kecederaan dialami kesemua anggota terbabit.
`Beliau berkata, sebelum kejadian, kesemua anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Cheneh itu melakukan pemeriksaan rutin di Sekolah Kebangsaan Padang Kubu.
“Ketika dalam perjalanan pulang ke balai, sebaik tiba di lokasi kejadian, jentera terbabit dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik.
“Kami bersyukur kerana kesemua anggota terbabit selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Azman berkata, bagaimanapun pihaknya akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Jentera bomba terbabas dan terbalik, lima anggota terselamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?