Lebih 80 peratus pengguna tingkat pendapatan di Asia Tenggara – TikTok

Lebih 80 peratus pengguna tingkat pendapatan di Asia Tenggara – TikTok

Lebih 80 peratus pengguna tingkat pendapatan di Asia Tenggara - TikTok
TikTok. – Foto AFP

JAKARTA: TikTok, rangkaian sosial paling pesat berkembang, mendedahkan lebih 80 peratus pengguna dan pencipta di rantau Asia Tenggara (SEA) meningkatkan pendapatan mereka melalui platform tersebut menerusi pelbagai video pendek sepanjang tahun lalu.

Laporan Kesan TikTok bertajuk ‘Mempercepatkan Perniagaan, Pendidikan dan Komuniti Asia Tenggara’, memaklumkan bahawa pengguna rangkaian itu memperkasakan pendapatan masing-masing menerusi pelbagai kaedah seperti TikTok Live atau bekerjasama dengan pelbagai jenama dan perkongsian.

“Perniagaan kecil dan sederhana berjaya meningkatkan pendapatan jualan produk hampir 50 peratus selepas menggunakan TikTok melalui promosi produk dan tawaran perkhidmatan masing-masing.



“Pada masa yang sama, empat daripada lima perniagaan (79 peratus pengguna SEA) beralih daripada pemasaran luar talian kepada pemasaran dalam talian menggunakan platform ini,” menurut laporan yang dilancarkan semasa Forum Impak TikTok di Asia Tenggara, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew, dalam ucapan perasmian forum itu, berkata bahawa platform itu telah diguna pakai oleh lebih 325 juta pengguna dari rantau Asia Tenggara setiap bulan dan 15 juta perniagaan menggunakan platform itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.




“Pelaburan itu akan menyokong lebih 120,000 unit perniagaan kecil dan sederhana dan usahawan untuk tiga tahun akan datang dalam mengalihkan perniagaan mereka dalam talian dan mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata bahawa pelaburan itu juga bertujuan untuk membina dan menyokong komuniti, termasuk membangunkan Program Pembangunan Perusahaan Sosial Yayasan ASEAN.

TikTok, yang dilancarkan pada September 2016, menjadi nama popular semasa pandemik COVID-19.

Pada 2022, TikTok Shop berkembang ke enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand. – BERNAMA



Lebih 80 peratus pengguna tingkat pendapatan di Asia Tenggara – TikTok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading