Hasil padi dijangka merosot akibat kemarau

Oleh – Syeikh Baran


Hasil padi dijangka merosot akibat kemarau
Tinjauan di Kampung Aur Duri, di sini, mendapati, tanah sawah di kawasan berkenaan kering dan merekah, manakala tali air yang menjadi punca air mereka juga kering kontang akibat kemarau. – Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menjangkakan hasil padi merosot sehingga 25 peratus pada musim ini berbanding tahun lalu yang memperoleh hasil lebih 212,000 tan metrik.

Pengerusinya, Muhammad Husin, berkata ia berikutan faktor kebanyakan sawah kering dan ketiadaan air susulan musim kemarau yang melanda negara.



“Suhu yg terbaik bagi tanaman padi adalah di antara 30 hingga 34 darjah Celsius. Sekiranya bertambah satu darjah suhu akan menyebabkan pengurangan hasil 10 peratus.

“Kita menjangkakan hasil KADA akan berkurangan sehingga 25 peratus akibat cuaca panas dan kemarau berbanding tahun lalu apabila pengeluaran padi lebih daripada 212,000 tan metrik iaitu purata 4.2 tan setiap hektar.

“Sehingga kini, 2,630 pesawah yang terjejas akibat kemarau membabitkan keluasan 9,100 hektar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan lebih 50 pesawah membabitkan tanah padi seluas lebih 200 hektar di Kampung Aur Duri, di sini, buntu apabila sebahagian besar sawah padi yang diusahakan mereka rosak akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau.



Mereka mendakwa, sebahagian besar padi yang diusahakan mereka sejak Disember lalu itu mulai rosak sejak dua minggu lalu, manakala sebahagian lagi hanya mampu bertahan seminggu sahaja.

Lebih malang, impian pesawah berkenaan yang mahu mengaut keuntungan juga tidak kesampaian, sebaliknya berdepan kerugian puluhan ribu ringgit setiap seorang.

Sementara itu mengulas mengenai masalah yang berlaku di Kampung Aur Duri, Muhamad berkata, operasi pam air buat masa sekarang ditetapkan dari jam 8 pagi sehingga ke 12 tengah malam.

Katanya, operasi pam bergantung kepada paras semasa air sungai Kelantan dan agihan air ke sawah yang terbabit juga ditetapkan secara giliran mengikut pintu air.



“Pihak petani disarankan supaya tidak mengganggu pintu air yang sudah ditetapkan mengikut keperluan jadual agihan air,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button