Isu KK Mart, mana suara PAS dan BERSATU?
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Isu KK Mart menarik perhatian banyak pihak termasuk Istana Negara. Kempen boikot KK Mart telah dimulakan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, namun agak mengecewakan PAS dan BERSATU hanya membisu.
Perlu diingatkan, kempen boikot yang disarankan Akmal bukanlah bersifat politik tetapi lebih kepada memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak menghina Kalimah Allah.
Namun demikian, amat pelik apabila pemimpin atau sekurangnya Ketua Pemuda PAS dan Ketua Armada BERSATU tidak mengendahkan isu panas ini.
Tuanku Sultan Ibrahim telah bertitah dan menzahirkan kemurkaan Baginda dan rasa dukacita dengan isu penjualan stoking yang tertera Kalimah Allah.
Adakah pemimpin dari PAS dan BERSATU tidak sensitif dengan isu tersebut? Atau memang sengaja tidak mahu terlibat dengan isu ini kerana tidak mahu dilihat senada dengan UMNO dalam memperjuangkan suara rakyat?
Kami cuba mencari ucapan atau sekurangnya kritikan para pemimpin PAS dan BERSATU mengenai isu ini namun tiada satu pun yang ditemui.
Ini menimbulkan spekulasi, PAS dan BERSATU memang sengaja tidak mahu mencampuri isu KK Mart dan hanya akan mengambil peluang untuk mencari ‘kredit’ di atas usaha pihak lain.
Difahamkan Dewan Pemuda PAS baru satu jam memberi respon kepada isu Kalimah Allah apabila Tuanku Agong bertitah semalam.
“Sesungguhnya mereka masih gagal untuk memahami kemarahan umat Islam apabila kesucian agama diperkotak-katik sedemikian rupa. Mereka tidak layak untuk bersuara sedikit pun dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar menegaskan bahawa, sepertimana yang ditegaskan dalam titah YDPA semalam itu, Pemuda PAS juga berpendirian hal yang sama dan meminta pihak yang bersalah dihadapkan dengan hukuman yang keras, tidak cukup dengan hanya sekadar permohonan maaf. – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden- 20/3/2024
Seperti dijangkakan, Pemuda PAS hanya akan mengambil peluang bila ada ruang berbuat demikian dan baru hari ini mereka bersuara.
Kita nantikan suara Ketua Armada BERSATU pula. Apa pula alasan mereka lambat bersuara dalam isu Kalimah Allah kali ini?