Lelaki minta bekas kekasih bayar RM142 selepas putus

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki minta bekas kekasih bayar RM142 selepas putus
Perbualan antara remaja perempuan dan bekas kekasihnya. -FRIX

Seorang remaja perempuan tular di media sosial selepas menyiarkan perbualan menunjukkan bekas teman lelakinya memaksa dia membayar semula wang yang dibelanjakan ketika mereka masih bersama, lapor laman berita Suryamalang semalam. 

Menurut perbualan itu, si lelaki meminta bekas teman wanitanya untuk mengembalikan wang yang dibelanjakan yang kesemuanya berjumlah 473 ribu rupiah (RM142.42). 



Perbualan itu kemudian tular di laman Instagram.

“Wanita mesti berhati-hati apabila bercinta, lebih-lebih lagi jika bersama dengan lelaki yang kedekut dan berkira apabila keluar temu janji,” kata seorang netizen. 

“Hidup begitu indah semasa bersama, namun, apabila berpisah semua perbelanjaan diminta untuk dikembalikan lagi,” tambah netizen lain.

Tiada maklumat mengenai punca mereka berpisah. Bagaimanapun, lelaki tersebut kedengaran begitu kesal berdasarkan perbualan mereka. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading