Bapa kerap raba anak ketika isteri tiada di rumah

Oleh – Syeikh Baran


Bapa kerap raba anak ketika isteri tiada di rumah
Perbuatan keji seorang bapa yang disyaki kerap melakukan amang seksual dengan meraba anak kandung perempuannya berusia 13 tahun terbongkar. Gambar hiasan 123RF

Perbuatan keji seorang bapa yang disyaki kerap melakukan amang seksual dengan meraba anak kandung perempuannya berusia 13 tahun terbongkar selepas dia ditahan pada Sabtu.

Perkara itu hanya diketahui selepas mangsa mengadu kepada ibunya kerana tidak tahan sering diperlakukan sedemikian oleh suspek.



Lelaki berusia 39 tahun itu telah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Ahad bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Seremban pada Ahad.

Menurut sumber, mangsa telah diraba pada keseluruhan badannya oleh suspek dan kejadian terbaru berlaku di sebuah rumah di Rasah, di sini, pada 2 Mei lalu.

“Malah remaja perempuan itu memberitahu telah diperlakukan sebegitu oleh suspek beberapa kali sejak dia berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah.



“Mangsa yang tak tahan telah beritahu kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan polis,” katanya.

Ujarnya, suspek telah ditahan di Dengkil, Selangor pada Sabtu kira-kira jam 3.50 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button