Croatia mula guna mata wang euro

ZAGREB: Croatia mula menggunakan mata wang euro dan menyertai zon perjalanan bebas pasport Schengen, sekali gus menandakan peristiwa penting buat negara yang menyertai Kesatuan Eropah (EU) sedekad lalu.

Dengan beralih daripada kuna kepada euro bermula 2023, Croatia menjadi ahli ke-20 blok mata wang bersama, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Peserta terakhir blok itu ialah Lithuania iaitu pada 2015.



Croatia terpaksa memenuhi pelbagai peraturan tadbir urus fiskal dan ekonomi untuk menerima pakai mata wang tunggal.

Zagreb, 01.01.2023. – Povodom obilježavanja ulaska Republike Hrvatske u europodručje i početka korištenja eura kao nacionalne valute, ministar financija Marko Primorac i guverner Hrvatske narodne banke Boris Vujčić na bankomatu su podigli prve eure. Na slici ministar Marko Primorac. foto HINA/ POOL/ Lana SLIVAR DOMINIĆ/ ds

Kadar pertukaran ditetapkan pada €1 hingga 7.5345 kuna dan terdapat tempoh peralihan sehingga 14 Januari, tetapi pembayaran masih boleh dibuat dalam kedua-dua mata wang.

Kuna boleh ditukar secara percuma di bank-bank di Croatia sehingga hujung 2023.

Di bawah perjanjian EU, semua negara anggota kecuali Denmark dikehendaki menyertai euro sebaik sahaja semua syarat dipenuhi, tetapi beberapa ahli seperti Sweden, Poland dan Hungary belum berbuat demikian.



Kali terakhir Kawasan Schengen menambah ahlinya ialah pada 2011 dengan memasukkan Liechtenstein.

Di bawah zon itu orang ramai secara amnya boleh merentasi sempadan tanpa perlu menunjukkan dokumen.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button