Hukum pakai baju warna jingga di hari raya

Oleh – Syeikh Baran


Hukum pakai baju warna jingga di hari raya
Warna ‘brick orange’ dijangka menjadi warna pakaian pilihan orang ramai sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. -FOTO MEDIA SOSIAL

Umat islam dibolehkan untuk mengenakan pakaian berwarna jingga (brick orange) kerana ia tidak menyalahi agama.

Pencetus Ummah (PU) Salman Hafizahulllah berkata umat Islam boleh mengenakan pakaian daripada semua warna termasuk jingga (brick orange).



Menurutnya, tiada masalah bagi setiap individu mengenakan pakaian daripada apa sahaja warna.

“Warna yang ada sekarang guna pewarna tiruan bukan pakai saffron atau safflower, jadi tiada masalah,” katanya di hantaran tersebut.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan hadis sahih Mazhab Syafie dan Hambali, haram bagi lelaki memakai kain yang dicelup saffron atau safflower.

“Kain yang dicelup dengan saffron atau safflower diharamkan untuk lelaki, namun dibolehkan untuk perempuan.



Terdahulu, tular di laman Facebook yang mengatakan haram bagi umat Islam memakai baju warna jingga (brick orange)

Dalam hantaran itu tertulis dari diriwayatkan Muslim dari Abdullah bin Umar, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ini adalah baju orang kafir, maka jangan dipakai,”

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button