Ketua Polis Thailand dan timbalan digantung tugas
Oleh – Syeikh Baran
Tugas Ketua polis Thailand dan seorang timbalannya digantung untuk sementara waktu di bawah arahan Perdana Menteri, Srettha Thavisin pada Rabu lalu, lapor portal berita Khaosod.
Penggangtungan itu adalah kerana tuduhan bahawa timbalannya terlibat dalam perjudian online haram sehingga mencetuskan khabar angin tentang perebutan kuasa dalam jabatan polis .
Torsak Sukvimol yang dilantik sebagai Ketua Polis Thailand pada Oktober tahun lalu dan timbalannya, Surachate Hakparn telah dipindahkan ke jawatan tidak aktif di Pejabat Perdana Menteri.
Surachate dituduh terlibat dengan laman web perjudian online haram iaitu pertuduhan yang dinafikannya.
Rumah Surachate di Bangkok telah diserbu pada September tahun lalu dalam operasi yang dikatakan polis mempunyai kaitan dengan sebuah rangkaian perjudian online haram utama.
Lapan orang bawahan Surachate telah ditahan pada hari serbuan dilakukan. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE