Pencari harta karun jumpa nuget emas terbesar di Britain

Oleh – Syeikh Baran


Pencari harta karun jumpa nuget emas terbesar di Britain
Saiz Nugget emas yang hampir sama dengan dengan duit syiling 50 pence Britain. – COURTESY MULLOCK JONES

Seorang pencari harta karun menjumpai emas menyerupai nuget  yang dipercayai terbesar pernah ditemui di England, lapor saluran berita CNN.

Richard Brock menemui nuget emas seberat 64.8 gram itu di Bukit Shropshire dekat sempadan  Wales, kata firma lelongan Mullock Jones yang menganjurkan lelongannya kelmarin.



Saiz nuget  emas itu juga menyamai syiling 50 pence Britain.

Penemuan diberi nama Hiro’s Nugget itu mempunyai nilai anggaran antara £30,000 (RM179,620.8) hingga £40,000 (RM239,494.4), demikian menurut Mullock Jones yang berpangkalan di Shropshire.

“Hiro’s Nugget dianggap sebagai ‘penemuan yang luar biasa’, kata jurulelong  Ben Jones dari Mullock Jones kepada CNN

Lelongan nuget emas itu akan berakhir pada 1 April ini.



Menurut Jones, Hiro’s Nugget dipercayai nuget  terbesar pernah ditemui di England setakat ini, manakala beberapa penemuan lain pula lebih kecil  saiznya.

Pemegang rekod semasa nuget emas paling besar di Britain adalah  Reunion Nugget yang memiliki berat 121.3 gram dan ditemui di Scotland pada tahun 2019. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button