Malaysia kutuk serangan bersenjata di Moscow

Oleh – Syeikh Baran


Malaysia kutuk serangan bersenjata di Moscow
Serangan ganas ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow menyebabkan sekurang-kurangnya 60 maut dan lebih 145 mangsa cedera. Foto AFP

Malaysia dengan tegas mengutuk serangan ganas ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow pada 22 Mac, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 60 maut dan mencederakan lebih daripada 145 mangsa.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu juga mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di Moscow berada dalam keadaan selamat.Rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu dan mendoakan agar mereka yang tercedera segera sembuh,” menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi, menekankan keperluan mendesak bagi usaha bersepadu di peringkat antarabangsa untuk menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan. – Bernama

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker