DBKL sita barangan penjaja warga asing

Oleh – Syeikh Baran


DBKL sita barangan penjaja warga asing
Antara barang niaga penjaja warga asing yang telah disita oleh penguat kuasa DBKL dalam pemeriksaan di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyita barang niaga milik penjaja warga asing.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, sitaan tersebut dijalankan semasa anggota penguat kuasa menjalankan rondaan di sekitar Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.



“Kami dapati terdapat seorang lelaki warga Bangladesh sedang menjalankan aktiviti penjualan buah-buahan dan sayur-sayuran di kaki lima,” katanya.

Menurut DBKL, kesemua barang jualan tersebut telah dibawa ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button