‘Kena jimat, duit gaji hari ini nak guna sampai lepas raya’

Oleh – Syeikh Baran


‘Kena jimat, duit gaji hari ini nak guna sampai lepas raya’
Gambar Hiasan

Penjawat awam serta sesetengah kakitangan swasta yang menerima gaji hari ini meluahkan mahu menyambut Aidilfitri secara sederhana memandangkan perlu menggunakan gaji yang ada sehingga selepas raya nanti.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ia berikutan kemungkinan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April, sekali gus mereka perlu bijak berbelanja sehinggalah tarikh gaji seterusnya pada 25 April.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Niza Nasir meluahkan, dia menyambut perayaan Aidilfitri kali ini dengan bersederhana dengan tidak membeli pakaian baharu.

“Pakai yang mana ada. Baju raya tahun lepas pun boleh lagi, janji dapat berkumpul beramai-ramai dengan emak tercinta dan adik-beradik. Al-Fatihah untuk ayahanda saya,” katanya.

“Biasalah tu. Kalau nak ikut keperluan memang banyak sentiasa, tapi berjimat itu sudah biasa,” kata Raihanah Yaacob.

“Pandai-pandai lah bajet, kita bukan gaji RM5,000, RM10,000 jauh sekali. Rezeki takat tu saja, jadi pandai-pandailah seadanya. Baju raya pun pakai saja tahun lepas apa ada hal,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

“Alhamdulillah ada juga gaji walaupun lambat, jadi berjimat cermat lah masing-masing jangan terlebih bajet sudah,” kata Juju Alias.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker