Terima ugutan bunuh, Dr Akmal tidak berganjak pertahankan agama

Oleh – Syeikh Baran


Terima ugutan bunuh, Dr Akmal tidak berganjak pertahankan agama
Dr Muhamad Akmal (tengah) selepas keluar dari IDP Jasin, di sini, pada petang Selasa.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh tidak akan berganjak walau seinci dalam kelantangan memperjuangkan isu kontroversi stoking tertera kalimah ALLAH.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat kerana bimbang akan keselamatan keluarganya dan meminta pihak polis menyiasat individu yang mengeluarkan ugutan sedemikian.

Menurutnya, ugutan bunuh itu didengari seorang individu yang tidak dikenali di dalam sebuah kedai sebelum individu terbabit yang risau akan keselamatan dirinya telah mencari beliau di rumah.

“Mula-mula saya tak endahkan, namun apabila laporan polis telah dibuat (individu yang mendengar ugutan itu) jadi saya rasa ia satu perkara serius.

“Sebelum ini lebih kepada cacian dan makian itu benda biasa daripada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dan saya tidak ambil berat, tapi bila ugutan bunuh saya risau keselamatan keluarga dan kedua rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, pada Selasa.

Beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, menyifatkan ugutan tersebut sebagai dugaan dan rintangan dalam membela agama Islam.

Ujar beliau, apa yang berlaku tidak akan mematahkan semangatnya untuk mempertahankan isu membabitkan kalimah ALLAH dan mahu menekankan ia bukan isu politik atau perkauman.

Walaupun dengan ugutan yang ada saya tidak akan berganjak walaupun seinci dengan pendirian kami,” katanya lagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Ahmad Jamil Radzi mengesahkan menerima laporan polis itu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Merlimau akan membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh berhubung kelantangan beliau mengenai isu kalimah ALLAH.

Beliau berkata, telah dihubungi seorang individu yang menyuarakan kerisauan mengenai ugutan bunuh bahawa beliau akan ditembak mati suatu hari nanti sekiranya masih meneruskan kelantangan tentang isu itu.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker