Remaja cedera tangan tersepit mesin santan

Oleh – Syeikh Baran


Remaja cedera tangan tersepit mesin santan
Anggota bomba mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit di dalam mesin santan di Kampung Padang Durian, Pendang malam tadi.

Seorang remaja perempuan cedera selepas tangan kirinya tersepit mesin memproses santan kelapa dalam kejadian di Kampung Padang Durian, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.11 malam tadi.



“Pusat Gerakan Operasi (PGO) seterusnya mengarahkan sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Pendang ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita mendapati terdapat seorang mangsa perempuan dengan tangan kiri tersepit di dalam mesin memproses santan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggota bertindak mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Tangan kiri mangsa berjaya dikeluarkan dari mesin tersebut dalam masa kira-kira 15 minit sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi mendapatkan rawatan,” ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button