Pemandu treler direman dua hari bantu kes langgar pasangan OKU

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu treler direman dua hari bantu kes langgar pasangan OKU

Seorang pemandu treler yang melanggar sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) dalam sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 21 di sini, kelmarin direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes itu.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lelaki tempatan berusia 31 tahun direman bermula hari ini sehingga esok.

Menurutnya, pelaksanaan SJR itu didapati mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Masalah brek dipercayai punca pemandu treler hilang kawalan lalu melanggar pasangan OKU berusia 40-an yang menunggang motosikal di lokasi berkenaan.

“Kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa itu cedera namun tidak melibatkan mangsa lain termasuk anggota polis yang bertugas,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.



Tambah Mohd. Iqbal, pasangan yang menerima rawatan lanjut di Hospital Shah Alam itu kini dilaporkan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu berlaku ketika anggota polis membuat pemeriksaan ke atas pasangan OKU yang menunggang Honda RSX.

Lelaki yang memandu treler dari arah Pelabuhan Klang menuju Batu Tiga itu kemudian melanggar mangsa sehingga cedera di kaki, pinggang dan leher.



Sumber – UTUSAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading