Syafiq Kyle Dikecam Netizen [VIDEO]

Photoshoot Berlaga Pipi Dengan Pelakon Wanita?

Syafiq Kyle Dikecam Netizen [VIDEO]

Syafiq Kyle Dikecam Netizen [VIDEO]

Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle, merupakan seorang pelakon hebat di Malaysia. Syafiq sering mendapat watak utama dalam drama dan filem-filem tempatan. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi drama bersiri Tanah Kubur.

Pada Januari yang lalu, Syafiq telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pelakon wanita Malaysia iaitu Mimi Lana dan dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Namun pada November yang Lalu, dikatakan perkahwinan mereka dibatalkan serta kedua-duanya tidak memberikan sebarang kenyataan mengapa iainya dibatalkan.



“Fikir-Fikir La Dulu Sebelum Kahwin”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial milik Viu Malaysia yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan yang memaparkan Syafiq Kyle bersama dua pelakon wanita lain sedang menjalankan Photoshoot bagi drama terbaru mereka.

Namun yang menarik perhatian adalah, ketika photoshoot tersebut tampak Syafiq Kyle melaga pipi bersama pelakon wanita tersebut.

@viu.malaysia

mood bila kena jadi orang ketiga 😂 #ViuOriginal #GadisMasa #ComingSoon #PhotoShoot #BTS ============================ Viu Original : Gadis Masa 🎥[Pelakon Utama] @syafiqkylez @mfmirafilzah @traciesinidol_official 🎥[Barisan Pelakon] @haziq_hussni @belladowanna_halim @razak_ahmad67 @amanda_ang 🎞️[Penerbit] @arbi_rozlan 🎞️[Pengarah] @ucop88



♬ Cute Song 2 – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Rata-rata diruangan komen video tersebut, netizen mengungkapkan rasa kesal selepas melihat Photoshoot tersebut. Tambah mereka lagi, sekiranya untuk berlakon, tidak sewajarnya perlu mengambil gambar sebegitu dekat dan perlu lebih peka dengan sensitiviti masyarakat yang melihat video tersebut.

Berkemungkinan juga, mereka hanya mengikut arahan ketika photoshoot itu dijalankan dan bukannya atas pilihan sendiri. Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button