๐ง๐ฃ๐ ๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฒ๐ฐ๐ฌ๐ฌ ๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐๐
๐ง๐ฃ๐ ๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฒ๐ฐ๐ฌ๐ฌ ๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐๐
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, TPM 1 dan juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah telah mengumumkan 25 projek pembangunan bagi perkampungan orang Asli dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM977,000.
Peruntukan melibatkan 22 kampung dengan jumlah penduduk sebanyak 6,396 Orang Asli terdiri daripada majoriti suku kaum dari Mah Meri di Daerah Kuala Langat dan Klang.
Selain itu, turut diumumkan peruntukan pembiayaan perniagaan sebanyak RM1.37 juta untuk mereka.
Bukan itu saja. Melalui KEMAS, peruntukan pembangunan komuniti sebanyak RM669,500 turut diumumkan meliputi program Hari Kebesaran Islam, Klinik Audit Solat, Street Dakwah, Kampung Mandiri, Jom Masuk Kampung, Kem Eksplorasi Belia, Kembara Merdeka, Sahabat Komuniti Desa, Sukarelawan Prihatin, Projek Rakan Kebun, Pakej Latihan Keusahawanan, dan Promosi dan Pemasaran.
Menurut TPM, ini adalah usaha kerajaan Madani membantu masyarakat luar bandar di negeri Selangor meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka. InsyaAllah.