Pekerja kurier baling, tendang barang pelanggan

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja kurier baling, tendang barang pelanggan
Pekerja syarikat kurier dilihat membaling dan menendang bungkusan-bungkusan barangan pelanggan sebelum diletakkan ke dalam lori. – @fakta.jakarta.

Dua pekerja lelaki sebuah syarikat kurier bertindak membaling dan menendang bungkusan-bungkusan  pelanggan sebelum diletakkan ke dalam lori, lapor akhbar Abatanews semalam.

Tindakan dua pekerja tersebut dilihat melalui sebuah klip video yang kini tular di media sosial. Rakaman itu dikongsikan dalam akaun Instagram @fakta.jakarta.



“Kurier ini memindahkan sejumlah bungkusan ke dalam lori dengan membaling dan menendang, walaupun barangan itu ditampal pelekat tertera perkataan ‘rapuh’, menunjukkan kandungan di dalamnya mudah rosak,” demikian menurut kapsyen klip video tersebut.

Dua lelaki itu sedang menyusun bungkusan yang akan dihantar. Selepas mengimbas kod bar bungkusan itu, salah seorang lelaki terbabut melemparkan bungkusan itu ke dalam lori.

Pakej yang dilemparkan itu kemudian ditendang oleh lelaki lain seperti bola, malah lelaki tersebut dilihat terbaring sambil menghisap rokok di dalam lori.

Tindakan mereka mengundang kemarahan netizen kerana boleh merosakkan barangan pelanggan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading