Loker pelajar lelaki jadi kedai runcit

Oleh – Syeikh Baran


Loker pelajar lelaki jadi kedai runcit
Tangkap layar pelajar lelaki menyimpan stok makanan di dalam loker seperti kedai runcit

Loker milik seorang pelajar lelaki bagaikan kedai runcit apabila almari itu penuh dengan stok makanan yang disusun secara kreatif.

Menerusi perkongsian video oleh @herry_erry di TikTok, pelbagai jenis makanan ringan seperti biskut-biskut, roti dan uncang teh dilihat telah digantung pada hanger baju.



Gelagat pelajar itu membuatkan ramai orang merindukan suasana di sekolah, lebih-lebih lagi mereka yang pernah tinggal di asrama atau kolej.

“Teringat dulu aku jual barang di asrama, hujung minggu top up barang kering masuk asrama,” komen @433burgerprominjaya

“Kau nak buka kedai acheh ke apa ni?” komen Epul.

“Rare betul teh tu, aku ingat dia nak gantung nak bagi wangi je,” komen @emnaalsa.



Sehingga kini video ini mendapat 1.6 juta tontonan, 62,700 tanda suka dan 3,296 perkongsian.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading