Pemilik RM500,000 beri keterangan, bukti esok

Oleh – Syeikh Baran


Pemilik RM500,000 beri keterangan, bukti esok
Bagasi yang mengandungi wang tunai RM500,000 ditemui oleh seorang jaga parkir di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Individu yang mendakwa pemilik kepada bagasi berisi RM500,000 yang ditemui di tempat parkir kereta sebuah pusat beli belah sebelum ini, dijangka hadir untuk memberikan keterangan esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga akan meneliti bukti yang bakal dikemukakan lelaki berkenaan bagi membuktikan wang tersebut adalah milik syarikatnya.



“Beliau (lelaki mendakwa pemilik wang) janji hendak jumpa polis esok. Jadi, kita tunggu sama ada beliau hadir ke tidak,” katanya ringkas pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, polis mendedahkan menerima laporan daripada seorang pengarah syarikat teknologi maklumat berusia lewat 40an yang mendakwa wang itu milik syarikat mereka.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pengawal keselamatan menemui beg bagasi berwarna merah jambu dan putih berisi wang tunai lebih RM500,000.

Beg berkenaan ditemui pengawal berkenaan kira-kira pukul 8 pagi, 20 Mac lalu.



Sumber – KOSMO!ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading