Peniaga wajib beritahu jual balik kuih tidak habis

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga wajib beritahu jual balik kuih tidak habis
Gambar Hiasan

Hukum jual balik kuih yang tidak habis dijual semalam adalah dibolehkan selagi kuih tersebut tidak basi namun ada syaratnya iaitu perlu beritahu secara jujur kepada pembeli.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, kuih atau makanan yang tidak terjual semalam dan ingin dijual semula hari ini boleh dijual kalau ia tidak basi dan harus jujur memberitahu perkara sebenar kepada pembeli.

“Kalau tidak diberitahu kuih itu adalah yang semalam, pembeli tidak tahu dan di situ ada helah, ada keperdayaan dan pembeli akan rasa tertipu. Itu tak boleh.

“Satu hari Nabi lihat orang berniaga buah di pasar, Nabi seluk dalam bekas buah di bawahnya basah (rosak), Nabi memberitahu yang basah itu sepatutnya berada di luar bukan di bawah agar orang tahu.

“Lalu Nabi cakap kalau jenis menipu sebegini, dia bukanlah dari golongan kami,” jelas beliau dalam satu video ceramah baru-baru ini.

Tambah Azhar, melihat pada situasi tersebut, maka peniaga terutamanya peniaga di bazar Ramadan perlu jujur dan beritahu pembeli bahawa itu adalah kuih yang tidak habis semalam namun dijual balik hari ini.

“Tak nak bagitau boleh tulis besar-besar ‘ini lauk semalam’, ‘ini lauk empat hari lepas’, tapi ramai yang takut nak buat macam tu risau tidak laku.

“Jadi sebaiknya kalau kuih itu tidak laku atau terjual sedekah-sedekahkan saja, buat la amal. Tak payah jual balik kalau macam tu,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker