Bot karam ketika cuba masuk Malaysia, 18 PATI berenang ke rumah api elak lemas
Bot karam ketika cuba masuk Malaysia, 18 PATI berenang ke rumah api elak lemas

KUALA SELANGOR: Sekumpulan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam ketika cuba menyusup masuk ke negara ini, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi di kedudukan 11 batu nautika barat Kuala Selangor itu memaksa semua PATI warga Indonesia terbabit termasuk lima wanita berenang ke sebuah rumah api berdekatan untuk mengelak daripada lemas.
Difahamkan, mereka diselamatkan pihak berkuasa tiga jam kemudian.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihaknya melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) menerima aduan daripada salah seorang ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu.
Berdasarkan maklumat diberikan pengadu, semua mangsa terselamat namun berada di rumah api.
“Berpandukan maklumat, Maritim Malaysia mendapatkan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi menyelamat dan membawa mangsa ke jeti PPM Pulau Indah untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan, hari ini.
Hamid berkata, pemeriksaan mendapati 18 PATI itu cuba masuk melalui jalan tidak diwartakan, selain gagal menunjukkan dokumen sah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.
Bot karam ketika cuba masuk Malaysia, 18 PATI berenang ke rumah api elak lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :