Bot karam ketika cuba masuk Malaysia, 18 PATI berenang ke rumah api elak lemas

Bot karam ketika cuba masuk Malaysia, 18 PATI berenang ke rumah api elak lemas

Bot karam ketika cuba masuk Malaysia, 18 PATI berenang ke rumah api elak lemas
Situasi dihadapi sekumpulan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke sebuah rumah api selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 11 batu nautika barat Kuala Selangor, kelmarin. – Foto ihsan MARITIM MALAYSIA

KUALA SELANGOR: Sekumpulan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam ketika cuba menyusup masuk ke negara ini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi di kedudukan 11 batu nautika barat Kuala Selangor itu memaksa semua PATI warga Indonesia terbabit termasuk lima wanita berenang ke sebuah rumah api berdekatan untuk mengelak daripada lemas.

Difahamkan, mereka diselamatkan pihak berkuasa tiga jam kemudian.



Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihaknya melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) menerima aduan daripada salah seorang ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu.

Berdasarkan maklumat diberikan pengadu, semua mangsa terselamat namun berada di rumah api.

“Berpandukan maklumat, Maritim Malaysia mendapatkan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi menyelamat dan membawa mangsa ke jeti PPM Pulau Indah untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Hamid berkata, pemeriksaan mendapati 18 PATI itu cuba masuk melalui jalan tidak diwartakan, selain gagal menunjukkan dokumen sah.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Bot karam ketika cuba masuk Malaysia, 18 PATI berenang ke rumah api elak lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button