Kad ucapan Aidilfitri yang diterima akan dibalas – Agong

Oleh – Syeikh Baran


Kad ucapan Aidilfitri yang diterima akan dibalas - Agong
Sultan Ibrahim berkenan menandatangani kad Aidilfitri untuk diutus kepada rakyat jelata yang mengirimkan ucapan. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah akan membalas setiap kad ucapan Hari Raya Aidilfitri yang diterima Seri Paduka Baginda daripada rakyat.

“Saya ada membaca di dalam ruangan komen laman sosial Facebook rasmi saya, begitu banyak yang menulis mahukan kad raya Aidilfiri.



“Saya tetap akan membalas setiap kad yang diterima,” titah Yang di-Pertuan Agong menerusi perkongsian di Instagram Official Sultan Ibrahim semalam.

Menerusi perkongsian itu Sultan Ibrahim berkenan menandatangani kira-kira 500 kad Aidilfitri untuk diutus kepada rakyat jelata yang mengirimkan ucapan.

Sebelum menandatangani kad ucapan berkenaan, Yang di-Pertuan Agong meluangkan masa menyediakan air mata kucing sebagai persediaan untuk berbuka puasa.

Memasak merupakan antara hobi Seri Paduka Baginda yang juga mahir menyediakan pelbagai jenis masakan. – Bernama



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading