Wanita ditemukan meninggal dunia atas sejadah
Pasukan polis dan Bomba yang tiba di lokasi rumah wanita yang ditemukan meninggal dunia di Taman Inang, Alor Setar malam tadi. – Foto BombaALOR SETAR: Wanita berusia 59 tahun ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Taman Inang, di sini malam tadi.
Wanita itu ditemui terbaring atas sejadah dan dipercayai terperangkap dalam rumah yang berkunci dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan insiden mangsa terperangkap dalam rumah pada jam 8.46 malam.

Bomba yang tiba di lokasi mendapat terdapat mangsa dalam rumah berkenaan dalam tidak sedarkan diri dan tindakan anggota Bomba adalah dengan memecahkan pintu menggunakan peralatan khas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian,” katanya malam tadi.
Ahmad Naufal berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :