PADU Atau Rafizi Yang Gagal?

PADU Atau Rafizi Yang Gagal

PADU Atau Rafizi Yang Gagal?

 

Sistem pendaftaran Pengkalan Data Utama (PADU) untuk semua rakyat Malaysia secara rasminya sudah tutup pada jam 00:00:01 tengah malam semalam.

Matlamat utama PADU adalah untuk mengumpul data peribadi semua lebih 32 juta rakyat Malaysia ke dalam sistem pengkalan data rasmi kerajaan.



Ianya juga dikatakan akan membantu pengagihan bantuan kerajaan secara bersasar kepada rakyat yang betul-betul layak dan memerlukannya.

Tetapi secara umum, adakah sistem PADU yang diperkenalkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, telah berjaya mencapai matlamatnya?

Sarawak adalah negeri pertama yang menghentikan pendaftaran PADU secara rasmi.

Antara alasan yang diberikan adalah kebimbangan kebocoran maklumat peribadi rakyat kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.



Dalam artikata lain, kerajaan Sarawak tidak meyakini sistem keselamatan yang melindungi data peribadi PADU.

Selepas Sarawak, pemimpin Sabah pula menggesa supaya pendaftaran PADU dihentikan sementara dan penilaian strategik dinilai semula.

Selain dari bimbang kepada keselamatan data peribadi, pemimpin Sabah juga mempersoalkan mengapa ianya dibuat secara tergesa-gesa.

Persoalan yang lebih besar adalah, setelah tempoh pendaftaran ditutup, adakah matlamat untuk mendaftarkan maklumat lebih dari 32 juta rakyat tercapai?



Pada pandangan penulis, matlamat utama pendaftaran PADU tidak mungkin akan tercapai kerana terdapat kemungkinan beberapa golongan yang tercicir?

Tidak semua rakyat mempunyai akses kepada pendaftaran secara dalam talian, terutama masyarakat terpencil di luar bandar.

Dan mungkin gelandangan di bandar raya yang tidak mampu memiliki telefon pintar juga akan tercicir.

Sepatutnya proses pendaftaran PADU mesti melibatkan banyak pihak.



Tidak boleh Rafizi atau Kementerian Ekonomi mahu dilihat sebagai hero kerana mempelopori sistem PADU.

Semua agensi kerajaan mesti turun padang seperti satu masa dulu Jabatan Penerangan masuk ke kawasan terpencil untuk memberikan penerangan dan membantu proses pendaftaran.

Ianya untuk memastikan tidak ada golongan yang tercicir dari pendaftaran PADU.

Penulis bersetuju dengan pemimpin Sabah yang mempersoalkan mengapa ianya dibuat secara tergesa-gesa.



Jadi, adakah Rafizi atau PADU yang gagal sebenarmya?

 

PADU Atau Rafizi Yang Gagal?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button