Isu stokin, seperti ada dalang mahu tunggang
Oleh Adam Malik
Pada awal isu Kalimah Allah tertera pada stokin , ia nampak seperti kes lazim penghinaan oleh individu yang tidak ber”organisasi” ataupun mereka yang bertaraf “loose canon” yang ingin menzahirkan kebencian terhadap Islam.
Mamun, hari demi hari , isu ini sudah mula nampak kelainan nya dan Seolah olah di “orchestrated” oleh pihak tertentu untuk dijadikan isu besar dan isu sensasi.
Boleh juga dikatakan ada pihak cuba tunggang isu demi kepentingan politik atau agenda mereka.
Harus di ingat kerajaan sedia ada pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yakni kerajaan MADANI adalah kerajaan yang sangat dicemburui oleh pihak seperti Tun Mahathir, Tun Daim, Muhyiddin Yassin dan Haji Hadi.
Tambah lagi semua cara halal untuk jatuhkan kerajaan sudah “exhausted”.
Apa yang jelas kini, isu sepatut reda dengan permohonan maaf dari pihak terbabit dan di”follow up” dengan boikot dari pihak tertentu, namun tidak menjadi seperti itu.
Apa yang terjadi isu cuba terus dipanaskan seperti mengharap akan ada momentum kemarahan dari penyokong kedua pihak terus disemarakan dan dipanaskan.
Jika diperhatikan , individu seperti Datuk Rafidah Aziz muncul tiba tiba beri kenyataan berkaitan isu ini, kemudian Khairy Jamaluddin pula.
Beberapa hari lalu Siti Kassim dan wakil parti dari Sarawak juga muncul.
Dan kesemua mereka diatas muncul “against” tindakan Dr Akmal Saleh.
Lain cerita jika mereka yang muncul beri kenyataan menyokong tindakan Dr Akmal .
Amat pelik bila orang di Sarawak ada persamaan niat untuk bermain bom molokov.
Apa pun kerajaan harus bertindak segera kerana seperti ada permainan untuk terus menyemarakan isu menjadi besar.
Apa yang ditakuti adalah apa bila isu sudah menjadi besar maka tindakan susulan pihak tertentu adalah mengujudkan sahutan mendesak bubar kerajaan atau pun mendesak Perdana Menteri untuk meletak jawatan kerana gagal tangani isu.
Ini kerana cara lain untuk menukar Perdana Menteri yang mendakwa beberapa individu yang selama ini kebal dan kalis dakwaan telah pun tiada.