Pelajar UnisZA maut dalam kemalangan selepas berbuka puasa

 

Oleh Pena Merah

Pelajar UnisZA maut dalam kemalangan selepas berbuka puasa
Keadaan motosikal dan kereta terbabit nahas di Jalan Tembila-Kampung Raja di Besut, malam tadi

Penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Besut maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kereta di Jalan Tembila-Kampung Raja, di sini, ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke kampus selepas berbuka puasa.

Mohamad Faisal Haqimie Hapizul, 22, dari Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, disahkan maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala dalam nahas kira-kira jam 8.30 malam itu.



Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah kedai makan di Kampung Raja ke UniSZA di Kampung Besut ketika bertembung kereta Proton Iswara Aeroback dipandu lelaki usia 24 tahun.

“Pemandu kereta dari arah Kampung Kepala Gajah ke Kampung Pengkalan Nyireh. Hasil siasatan awal, mangsa dikatakan memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung kereta berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayat dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya hari ini.

Pengurusan UniSZA turut merakam ucapan takziah atas pemergian pelajar jurusan Fakulti Informatik dan Komputeran itu.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” menurut universiti itu melalui satu kenyataan. – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading