Lelaki Myanmar maut, motosikal rempuh kereta

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki Myanmar maut, motorsikal rempuh kereta
KEADAAN motosikal berkuasa tinggi dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 325.8, Lebuh Raya Utara – Selatan arah Selatan, Tapah pada pukul 6.31 petang semalam.

Seorang penunggang lelaki warga Myanmar maut selepas merempuh sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer 325.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah Selatan, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.37 petang, lelaki berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Tapah.



Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang.

“Mangsa melanggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan ekoran kenderaan tersebut disyaki mengalami kerosakan.

“Akibat daripada perlanggaran yang berlaku, mangsa tercampak ke bahagian atas bonet belakang kereta dan mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat penunggang motosikal itu kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.



“Pemandu kereta bersama isterinya berusia 44 tahun dan dua anak perempuan berusia 14 dan lapan tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading