Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok

Oleh – Syeikh Baran


Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok
Seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan bergelar Tan Sri, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, berhubung dakwaan menipu.

Seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan bergelar Tan Sri, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, berhubung dakwaan menipu.

Ia selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin untuk mendakwa tokoh korporat itu dipercayai, membabitkan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.



Berdasarkan semakan sistem mahkamah, lelaki itu akan didakwa di hadapan Hakim, Suzana Hussin pada jam 9 pagi.

Sebelum ini media melaporkan, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Pembekuan akaun bank berkenaan adalah susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lepas.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button