Ariel Noah tukar gaya hidup

 

Oleh Razak Hasan

Ariel Noah tukar gaya hidup
Ariel Noah

MAHU mencari ketenangan, penyanyi Ariel Noah kini menukar gaya hidup dengan melakukan aktiviti sihat.

Katanya, andai selama ini waktu senggang banyak dihabiskan dengan permainan atas talian, kini dia lebih banyak memperuntukan masa di luar rumah.

Berkhemah dan mendaki gunung antara hobi yang dikatakan mampu memberi ketenangan mental serta kecergasan fizikal.

Pemilik nama sebenar Nazril Irham, 42, mengakui bersahabat dengan alam semula jadi meningkatkan keyakinan serta membolehkannya menikmati kehidupan dalam perspektif yang lebih luas.

Andai selama ini masanya hanya ditumpukan terhadap kerjaya seni, selepas kumpulannya bercuti panjang dia berpeluang melakukan aktiviti yang disukai. – Kosmo Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker