Bella curang?

 

Oleh Razak Hasan

Bella curang?
Tiada angin, tiada ribut, pelakon Bella Astillah kini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang pelakon muda bernama Muaz.

Tiada angin, tiada ribut, tersebar dakwaan isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah curang apabila dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang pelakon baharu iaitu Muaz Zabir, 27.

Perkara tersebut didedahkan pemilik sebuah akaun TikTok yang memuat naik video menunjukkan mesej berbaur kemesraan kedua-dua mereka menerusi tangkap layar paparan WhatsApp.



Dalam perkongsian video terbabit dapat dilihat pelakon dan penyanyi itu membahasakan diri masing-masing sebagai ‘sayang’ dan ‘baby’.

“Sayang nanti letak kat Story lagu kita please. Tahulah Spotify boleh direct ke InstaStory.

“I love you too. Muah. Goodnight b (baby). TTYT (talk to you tomorrow),” itu antara balasan mesej yang didakwa daripada Bella kepada model berusia 27 tahun itu.

Selain paparan tangkap layar deretan berbalas ucapan manis ‘I love you’, pemilik akaun turut menyelitkan foto intim pasangan terbabit, termasuk satu yang bertarikh 13 Oktober 2023.



Gambar tersebut memperlihatkan ibu kepada dua cahaya mata itu memegang leher jejaka terbabit sambil tersenyum dengan posisi wajah mereka yang hampir berlaga.

Sebelum ini Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, pernah bergandingan dengan Muaz dalam sebuah drama.

Menerusi satu wawancara, pelakon dan penyanyi itu mengakui sentiasa mengingatkan diri untuk menjaga batas ketika bergandingan dengan pelakon lelaki supaya tidak melukakan hati suaminya.

Malah katanya, segala gambar yang dimuat naik bersama pelakon lelaki di media sosial adalah tuntutan kerja semata-mata.



Menyedari dirinya berstatus isteri orang, Bella juga meminta setiap pelakon gandingan terutama aktor muda untuk memanggilnya Kak Bella.

Menerusi ruangan komen TikTok, ramai menganggap pendedahan itu tidak masuk akal selain fitnah memandangkan bukti WhatsApp yang kononnya didedahkan itu boleh direka pihak tertentu.

Tidak kurang yang bersetuju dengan pendapat bahawa gambar intim kedua-duanya sudah melalui proses suntingan.

“Tak backup Bella, tapi chat itu aku boleh edit dekat tarikh dan masa. Di iPhone pun boleh sunting. Sumpah tak masuk akal,” kata seorang netizen.



“Siapa fitnah dan sebarkan akan dapat dosa kering, lagi-lagi kalau orang percaya. Bella dah cukup tersakiti, jangan tambah lagi,” tulis peminat lain.

Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara itu susulan sudah beberapa kali Aliff terpalit kontroversi curang termasuk termasuk yang terbaharu, ditangkap berkhalwat di kediaman pelakon Ruhainies dua hari sebelum itu.

Usaha mendapatkan Bella tidak berhasil apabila panggilan tidak berjawab, manakala menerusi semakan, Muaz yang menceburi arena lakonan sejak dua tahun lalu telah menutup ruangan komen dalam semua hantarannya. – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button