11 kali Aliff curang termasuk dengan adik saya – Bella

 

Oleh Razak Hasan

11 kali Aliff curang termasuk dengan adik saya - Bella
Bella mendedahkan suami, Aliff Aziz curang dengan 11 orang wanita termasuk adiknya sendiri, Erica Astillah.

“Bukan lima kali, tetapi 11 kali Aliff curang termasuklah dengan adik saya sendiri.”

Demikian pendedahan mengejutkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang mendakwa suaminya turut pernah berlaku curang dengan adik kandungnya, Erica Astillah.



Demi mempertahankan rumah tangganya, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabella, 30, sanggup dibuang keluarga sendiri dan memilih untuk terus bersama Aliff.

“Punyalah Bella sayang dekat Aliff sampai Bella sanggup buang keluarga sendiri. Saya tidak pernah cerita tentang perkara ini tetapi saya terpaksa.

“Saya tidak sangka keluarga mentua yang saya sanjung berpaling daripada saya. Sejujurnya, saya sudah tiada keluarga di Sabah. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaiknya sebelum ini,” kongsi Bella seraya menitiskan air mata.

Sementara itu, Bella memberitahu tiada angin tiada ribut, Aliff secara tiba-tiba Aliff meluahkan hasrat untuk bercerai sekitar Februari lalu.



“Saya tertanya-tanya kenapa semua ini harus berlaku sedangkan kami sudah pun berbaik dan telah pun pergi bercuti sama-sama.

“Ketika itu saya merayu dengan dia tidak mahu bercerai kerana tidak mahu anak-anak saya menjalani kehidupan tanpa keluarga yang sempurna.

“Akhirnya saya buat solat istikharah dan Allah tunjukkan jalan kepada saya selepas mereka (dengan Ruhainies) ditangkap khalwat. Selepas ini saya tidak akan pilih jalan yang salah lagi (nekad bercerai),” kata Bella.

Dalam pada itu, Bella turut memberi amaran kepada Ruhainies bahawa karma pasti berlaku satu hari nanti.



“Awak belum pernah berkahwin, belum pernah jadi isteri, belum pernah jadi ibu. Tolong ingat perkara ini, satu hari nanti Ruhainies akan rasa apa yang saya rasa,” tegasnya.

Terdahulu, nama Bella menjadi perhatian apabila tular foto dan tangkap layar perbualan mesranya dengan pelakon baharu, Muaz Zabir menerusi aplikasi TikTok.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium ibu negara.

Disebabkan kes khalwat itu, Bella telah memfaikan perceraian terhadap Aliff secara ekspres pada 13 Mac lalu dan kes akan disebut semula pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading