Aliff Aziz dikawal ketat 3 orang pengawal peribadi

 

Oleh Razak Hasan

Aliff Aziz dikawal ketat 3 orang pengawal peribadi
ALIFF Aziz tiba di mahkamah diteman ibu bapa dan beberapa orang pengawal peribadi.

Kehadiran paling dinanti, penyanyi Aliff Aziz muncul di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur ditemani ibunya, Siti Hafizah Basharahil bagi prosing perceraian talak dengan isterinya, Bella Astillah hari ini.

Aliff yang hadir dengan busana serba hitam turut dikawal ketat tiga orang pengawal keselamatan serta enggan memberikan sebarang komen mengenai prosiding hari ini.



Selain ibu, bapa Aliff iaitu Aziz Sapdan turut menemani anak sulungnya dan berharap urusan hari ini dimudahkan.

“Kita doa yang terbaik,” kata Aziz.

Sebelum itu, Bella yang hadir turut berharap segara urusan di mahkamah berjalan dengan lancar dan memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.



Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan itu pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh iddah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila juara Gegar Vaganza musim kelapan itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Malam tadi, Bella pula membuat pengakuan ada bermain cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir pada tahun lalu atas alasan mahu mencetuskan cemburu Aliff yang ketika itu mempunyai skandal bersama dua wanita. – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading