Konsert solo Spider ‘Keluar Dari Sarang pada’ 22 Jun depan.

 

Oleh Razak Hasan

Konsert solo Spider 'Keluar Dari Sarang pada' 22 Jun depan.
Spider

SUDAH serik mengadakan persembahan berskala kecil, kumpulan Spider bakal hiburkan peminat menerusi konsert solo, Spider Keluar Dari Sarang pada 22 Jun depan.

Vokalis Spider iaitu Tam atau Rustam Mustafah, 51, berkata ini merupakan waktu terbaik untuk mereka muncul kembali bersesuaian dengan konsep ditonjolkan dalam konsert ini.



“Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa tepat untuk kami ‘keluar sarang’.

“Konsep ‘keluar sarang’ menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Untitled design - 2024-04-02T174514.959

Tam menyifatkan ini merupakan waktu yang terbaik untuk mereka muncul kembali.



Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 merupakan hasil kerjasama bersama IFIX Entertainment selaku pihak penganjur.

Selain Tam, Spider turut dianggotai oleh Nafie (gitaris) , Aie (pemain dram) dan Is (pemain bes)

Dalam pada itu, IFIX Entertainment yakin kekuatan Spider mengahasilkan lagu hit sepanjang 30 tahun mereka berkarya dapat menarik peminat untuk lihat aksi mereka di atas pentas.

“Spider memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai,” ujarnya.



Antara lagu-lagu hit yang akan dipersembahkan dalam konsert ini termasuk Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin, dan Nazarku.

Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur akan berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024.

Orang ramai boleh dapatkan tiket konsert berkenaan bermula harga serendah RM179 sehingga RM259 menerusi laman web tapautix.asia.

Mstar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button