Lelaki maut kereta dihempap pokok tumbang

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut kereta dihempap pokok tumbang
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta selepas dihempap pokok tumbang. FOTO Ihsan Bomba.

Lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang dekat Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang- Paroi, di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang, Mohd Nazri Azis berkata, ketika kejadian, kawasan itu dilanda hujan lebat dan ribut.



“Sebaik tiba di tempat kejadian pada 4.16 petang, kami mendapati pokok tumbang menghempap atas kereta dan terdapat seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu.

“Kami menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan mengalihkan pokok. Pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia di lokasi,” katanya hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading