40 ahli scammer diberkas

Oleh – Syeikh Baran


40 ahli scammer diberkas
Gambar Hiasan

Polis berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket pelaburan tak wujud dengan menahan 40 individu dalam satu serbuan di sebuah unit perniagaan di bandar raya ini, pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 25 wanita warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun untuk siasatan lanjut.



Katanya, bertindak atas maklumat diterima, pasukan polis dari Bukit Aman bersama polis Kontinjen Johor telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah unit perniagaan kerana disyaki beroperasi sebagai ‘calling centre’ yang menawarkan pelaburan tidak wujud, pada11.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah mereka akan mempromosikan dan mengiklankan pelaburan yang dikenali sebagai ‘xtrade’ di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube.

“Dalam promosi berkenaan, pelanggan dijanjikan dengan pulangan lumayan iaitu antara 50 hingga 100 peratus dari jumlah pelaburan dengan pelaburan minima USD100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kumar, pelanggan yang berminat dengan tawaran tersebut kemudiannya akan menghubungi talian telefon yang diberikan dalam iklan tersebut.



Katanya, sindiket berkenaan juga didapati menjalankan aktivitinya dengan berselindung di sebalik nama sebuah
syarikat tempatan yang berdaftar bagi mengelakkan aktivitinya dikesan pihak berkuasa dan tidak menimbulkan syak.

“Sindiket ini dipercayai menyasarkan individu dari luar negara sebagai mangsa,” katanya.

Dalam serbuan itu, polis merampas peralatan yang digunakan dalam kegiatan tersebut iaitu 41 set komputer, 46 buah telefon bimbit dan masing-masing satu unit modem dan router.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading