Raghad nafi Taib Mahmud kritikal

Oleh – Syeikh Baran


Raghad nafi Taib Mahmud kritikal
Raghad melalui Instagramnya turut meminta semua blog dan portal media menurunkan berita berkenaan untuk melindungi kedua-dua individu dalam gambar serta privasi suaminya. – Foto tangkapan layar Raghad Kurdi

Toh Puan Raghad Kurdi Taib menafikan suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud dalam keadaan kritikal seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan ringkas di akaun Instagramnya pada Selasa, Raghad berkata, beliau menerima maklumat mengenai hantaran dalam talian itu bahawa suaminya yang juga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak kritikal dan beliau menafikan cerita dan gambar berkenaan.



“Saya menerima makluman mengenai sebuah hantaran dalam talian mengenai lawatan ke hospital, menampilkan gambar yang didakwa sebagai suami saya, Tun Taib, dalam keadaan kritikal.

“Saya ingin menyatakan kepada semua bahawa gambar itu bukan beliau (Abdul Taib) tetapi orang lain.

“Agensi berita telah mengesahkan bahawa gambar itu adalah orang lain,” katanya.

Raghad juga meminta semua blog dan portal media menurunkan berita berkenaan untuk melindungi kedua-dua individu dalam gambar serta privasi suaminya.



“Tun Taib masih dalam pemulihan dan kami sedang menerima rawatan yang sewajarnya di hospital tempat beliau tinggal di KL (Kuala Lumpur).

“Semoga kami sentiasa dalam doa anda,” tulisnya.

Pada Ahad, Raghad memuat naik di akaun Instagram bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau disyaki ‘menculik’ Taib dari hospital.

Beliau juga menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang. – Awani



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading