New York dilanda gempa bumi

Oleh – Syeikh Baran


New York dilanda gempa bumi
Bandaraya New York dilanda gempa bumi kecil dengan magnitud 4.8 semalam, namun, tiada laporan awal mengenai kecederaan atau kerosakan. – BBC

Banda Raya New York dilanda gempa bumi bermagnitud  4.8 semalam, lapor saluran berita Channel News Asia (CNA).

Bagaimanapun, tiada laporan awal mengenai kecederaan ataupun  kerosakan.



Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku menggegarkan bangunan dan mengejutkan penduduk, lebih-lebih lagi kerana rantau itu jarang mengalami aktiviti seismik yang ketara. 

Pusat gempa direkodkan di Lebanon, New Jersey kira-kira 80 kilometer ke barat Manhanttan pada kedalaman 4.7 kilometer. 

Gegaran dirasai di seluruh rantau itu termasuk Bandar Raya New York, New Jersey, utara Pennsylvania dan barat Connecticut, demikian menurut wartawan Reuters dan media sosial.

Di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York, mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Gaza dihentikan sementara selepas gegaran berlaku.



“Adakah ini gempa bumi?” kata wakil Save the Children, Janti Soeripto  yang ketika itu sedang berucap.

Pengguna media sosial melaporkan gempa bumi semalam dirasai dari Philadelphia hingga ke New York dan  sepanjang Long Island. 

Bangunan Empire State turut melaporkan pada akaun Xnya: “SAYA BAIK”.

Gabenor New York dan New Jersey menyatakan di platform  X bahawa mereka sedang melancarkan bantuan kecemasan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading