Penjual nasi berlauk kantoi berniaga pagi Ramadan

Oleh – Syeikh Baran


Penjual nasi berlauk kantoi berniaga pagi Ramadan
SEORANG peniaga ditahan kerana menjual nasi berlauk pada pagi Ramadan kelmarin di Meulaboh kelmarin. – Foto Serambi

Seorang peniaga kedai nasi berlauk ditangkap kerana membuka perniagaannya pada waktu pagi semasa bulan Ramadan, lapor portal berita Serambinews.com hari ini.

Anggota-anggota pentadbiran daerah menangkap peniaga tersebut bersama barang bukti berupa nasi, ikan goreng, gulai dan telur goreng di Meulaboh, Aceh semalam.



Peniaga itu dikenali sebagai NL,  berusia 36 tahun dan merupakan penduduk bukan  Islam.

Bagaimanapun, dia menjual makanan itu kepada warga yang beragama Islam.

Ini menyebabkan dia melanggar peraturan tentang akidah, ibadah dan syiar Islam.

Ketua pentadbiran daerah tempatan, Azim NG berkata, peniaga itu diminta membuat akur janji untuk tidak mengulangi perbuatannya.



“Hukuman tegas akan dilaksanakan jika dia mengulangi perbuatan tersebut,” kata Azim.  –  AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading