IMDB/SRC- Yang sepatut jadi banduan ditukar jadi saksi.
IMDB/SRC- Yang sepatut jadi banduan ditukar jadi saksi
Oleh Adam Malik
KES 1MDB/SRC yang dicipta oleh kerajaan Mahathir semata mata mahu membuktikan fitnah yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah kisah benar, kini terus melihatkan kecacatan dan wajah hodohnya.
Satu persatu kekhilafan muncul dan fakta telah kontradik antara satu sama lain.
Kes bergantung bulat bulat kepada kuasa mutlak hakim dan mahkamah, dan bukan bergantung kepada pembuktian atau “hard evidence”.
Ambil contoh satu fakta kes dimana pada pertuduhan disebut Wang telah diambil dari KWAP , namun sebaliknya ia sah satu kesilapan, kerana wang adalah dari Ihsan Perdana dan bukan dari KWAP.
Bermakna, ketika kes dibuka ia di buka secara “gung-ho” asal ada kes untuk kenakan Najib sahaja.
Terbukti siasatan tidak rapi dan tidak menyeluruh jika fakta kes pun tidak betul, bagaimana pula jatuh hukum jadi betul?
Wudhuk tidak sah ,solatnya sah kah?
Atas sebab itu lah maka hakim yang telah dilantik dan pendakwa mesti dari kalangan mereka juga untuk memenuhi kehendak skrip yang sudah ditentukan.
Lihat sahaja apa terjadi pada Hakim asal kes ia itu Hakim Datuk Sofian Abd Razak dimana pada sesi awal kes telah menghentam Tommy Thomas kerana tidak siasat terlebih dahulu wang berada dibank Swiss.
,
Selain itu ramai penerima rasuah telah ditukar menjadi saksi.
Pada perbicaraan dimahkamah Amerika, Timothy Leisnner telah mengaku Goldman Sach telah merasuah ramai Pegawai 1MDB , bahkan telah mengaku GS telah merasuah bekas Gabenor Bank Negara melalui suaminya dalam apa yang dikatakan sebagai “overnight approval”, namun masih belum ada dakwaan terhadap bekas Gabenor dan suami nya.
Ketika pihak DSNR mahu pihak GS menyerah senarai nama penerima rasuah yang telah menjadi saksi , pihak pendakwa tidak mahu menyerah.
Ini mudah difahami, kerana jika diserah nama nama mereka, maka sebarang kenyataan diberi kepada mahkamah akan menjadi taraf keraguan atas sebab individu itu sudah bertaraf ” tiada kredibiliti”.
Begitu lah nilai kes yang dikenakan terhadap DSNR.
Lihat sahaja kenyataan Jasmin Loo dalam mahkamah.
Tanya kenapa wanita Cina ini menjadi saksi dan bukan menjadi orang kena tuduh?
..….
Satu persatu kenyataan Jasmin menunjukan dia lah antara pencuri wang 1MDB melalui Jho Low.
Namun masih tiada kes mendakwanya.
Seperti Joana Yu juga terlepas begitu sahaja.
Kes direka untuk sumbat Najib kedalam penjara dan bukan 7ntuk mencari kebenaran.
Jika hendak menilai Mahathir nilai lah dari hal hal ini.
Pencuri nyata masih bebas, orang tidak bersalah dan tiada bukti nyata terhadap kesalahan nya pula yang dipenjarakan.