Jangan Terlalu Skeptikal Hingga Over Acting Dalam Isu 3R

Jangan Terlalu Skeptikal Hingga Over Acting Dalam Isu 3R

Jangan Terlalu Skeptikal Hingga Over Acting Dalam Isu 3R

 

Selepas isu kalimah Allah yang dicetak di stoking serta dipasarkan secara terbuka oleh Pasaraya KK Mart, kini timbul isu kasut yang kononnya ada kalimah Allah.

Benar Buya Hamka pernah berpesan, sekiranya kamu berdiam saat agama kamu dihina, tukarlah baju mu dengan kain kafan.



Dalam isu stoking yang dicetak kalimah Allah, penulis bersetuju apabila masyarakat Islam di Malaysia bangkit dan membantah.

Sebabnya adalah kerana cetakan tersebut sangat jelas, malah ada pula yang dicetak dalam tulisan Arab dan tukisan rumi.

Tidak ada keraguan mengenainya.

Malah sebagaimana yang penulis pernah nyatakan, permohonan maaf pengurusan Pasaraya KK Mart juga agak meragukan.



Tetapi dalam isu yang didakwa terdapat kalimah Allah pada kasut, penulis agak kurang bersetuju bila ada pihak yang dilihat cuba untuk membesarkan isu tersebut.]

Cetakan yang didkwa adalah kalimah Allah, sangat kabur dan sangat tidak jelas.

Apkah kita mahu menghukum atas dasar yang kabur dan tidak jelas?

Malah hero mempertahankan kalimah Allah, KP UMNO, Dr Akmal Salleh, juga tidak pasti sama ada ianya kalimah Allah atau pun bukan.

Namun begitu beliau telah meminta supaya pihak syarikat tersebut memberikan penjelasan.



Bukan sahaja penjelasan diberi, malah pihak syarikat telah meminta maaf dan berjanji kejadian yang sama tidak akan berulang.

Kita wajib bertindak sekiranya ada pihak terbukti cuba menghina kesucian agama kita.

Tetapi tindakan kita biarlah berasas dan berdasarkan bukti yang jelas dan nyata.

Jangan kita over acting dengan bukti yang diragui.



Islam menyeru umatnya bersikap lunak dengan semua makhluk sama ada kita mempunyai akidah yang sama atau tidak.

Islam tidak membenarkan kita menzalimi orang lain walau pun mereka berlainan akidah dengan kita.

Tetapi sekiranya mereka melampaui batas, maka adalah menjadi kewajiban kita untuk bertindak tegas.

 



Jangan Terlalu Skeptikal Hingga Over Acting Dalam Isu 3R

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading