Fakta Yang Sukar Di Hadam Oleh Pembenci DS Najib

Fakta Yang Sukar Di Hadam Oleh Pembenci DS Najib

Fakta Yang Sukar Di Hadam Oleh Pembenci DS Najib

 

Sehingga ke hari ini, pembenci DS Najib masih lagi membutakan mata dan memekakkan telinga hingga sukar untuk membezakan antara fakta dan auta dalam kes SRC.

Setiap kali saya beritahu bahawa kesalahan pecah amanah DS Najib ialah dia pernah mengambil bahagian dalam mesyuarat kabinet.



Bukan dia yang cadang atau naikan kertas tersebut untuk meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC untuk meminjam dari KWAP.

Dan sangat pelik bila dia boleh dengan sangat sabar tunggu 3 hingga 4 tahun untuk dapatkan wang yang di curi itu.

Mereka hanya menjawab itu tidak mustahil…😅😅😅

Bila di beritahu bahawa dana RM42 juta itu adalah sebahagian dana yang telah diluluskan dan dibayar SRC untuk kerja CSR.



Kesalahan DS Najib ialah bukan hak dia untuk sedekahkan dana tersebut.

Jadi, dia duduk penjara 12 tahun sebab dia sedekahkan duit?

Sekali lagi mereka menjawab itu tidak mustahil sambil menggaru kepala…😅😅😅

Bila diberitahu bahawa DS Najib juga disahkan beberapa kali dalam mahkamah bahawa dia pernah menerima sekurang-kurangnya RM642 juta dari Arab Saudi.



Ini termasuk Kementerian Kewangan Arab Saudi yang dia juga sedekahkan semuanya.

Jadi apa keperluan DS Najib curi duit RM42 juta kalau beliau sudah ada RM642 juta?

Dengan mulut terlopong mereka berkata, mungkin dia nak tambah duit simpanan…😅😅😅

Bila Akal Tidak Dapat Membezakan Antara Fakta Dan Auta

 



Diberitahu pula dana RM42 juta itu pun bukan berasal dari pinjaman KWAP, tetapi ianya adalah dari bayaran syarikat Putrajaya Perdana.

Yang berasal dari pinjaman Maybank ketika hakim merupakan chief legal counsel dan company secretary Maybank.

Jawapan mereka adalah, apa masalahnya…😅😅😅

Ditanyakan kepada mereka, bukan sudah ada conflict of interest ke?



Lagipun dana bukan dari KWAP.

Jadi kenapa pula tuduhan pecah amanah?

Kerana dia terlibat dalam mesyuarat untuk memberi jaminan kerajaan untuk mendapat pinjaman dari KWAP masih boleh valid lagi?

Jawapan yang diberikan hanyalah, melopongkan mulut sambil menggaru kepala.



Lebih gila lagi bila perdana menteri mencuri duit pun, dia masukkan dalam akaun tempatan peribadi sendiri yang dia bukan urus sendiri pun?”

Jawapan mereka, hanya menggaru kepala yang tidak gatal…😅😅😅

Kesimpulannya, tidak guna berhujah dengan kelompok ini kerana mereka bukan membutakan mata tetapi telah dibutakan mata dari melihat kebenaran.

 

Fakta Yang Sukar Di Hadam Oleh Pembenci DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading