Kenapa Pihak Yang Dahulu Menentang Boikot KK Mart Membisu Bila Di Seru Boikot Produk Aliff Syukri

Kenapa Pihak Yang Dahulu Menentang Boikot KK Mart Membisu Bila Di Seru Boikot Produk Aliff Syukri

Kenapa Pihak Yang Dahulu Menentang Boikot KK Mart Membisu Bila Di Seru Boikot Produk Aliff Syukri

 

Ketika timbul isu stoking yang terdapat kalimah Allah, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal, adalah pemimpin yang mula-mula bersuara.

Ketika pemimpin politik lain membisu dalam isu tersebut, beliau lantang dan tegas beliau mengecam tindakan tersebut.



Ada asas yang cukup kuat dengan kelantangan dan ketegasan Dr Akmal.

Kalimah Allah adalah kalimah yang paling mulia bagi umat Islam dan adalah satu penghinaan sekira ianya diletakkan di kaki.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila pengurusan KK Mart memberikan alasan ianya tidak disengajakan.

Malah permohonan maaf pengurusan KK Mart juga diragui kerana ketika dihadapkan di mahkamah mereka mengaku tidak bersalah.



Ketegasan dan kelantangan Dr Akmal mendapat sambutan baik dari masyarakat Islam di Malaysia terutamanya masyarakat Melayu.

Tetapi muncul beberapa orang pemimpin politik yang mengecam seruan boikot yang dimulakan oleh Dr Akmal.

Secara sindiran mereka bertanya, bukankah KK Mart sudah minta maaf, jadi apa lagi yang Dr Akmal mahu buktikan?

Ada pula yang melabelkan kononnya seruan boikot tersebut bersifat rasis dan akan menimbulkan ketegangan antara kaum.



Kini, Dr Akmal sekali lagi menyeru supaya rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam boikot semua produk yang dikeluarkan oleh Aliff Syukri.

Sebabnya adalah kerana Aliff Syukri mengeluarkan teaser video yang sangat menjelekkan.

Bukan setakat menjelekkan, malah ianya boleh ditafsirkan sebagai mempromosikan budaya sotong yang berkiblatkan kepada LGBTQ.

Ianya dibimbangi akan mempengaruhi kanak-kanak dengan beranggapan berperangai sotong dan budaya LGBTQ bukan satu kesalahan.



Ini bukan kali pertama Aliff Syukri membuat konten mengarut seperti itu di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Maka sudah sepatutnya beliau diberikan pengajaran.

5 hari sudah berlalu sejak seruan boikot dimulakan, namun pihak yang menentang ketika seruan boikot KK Mart kini membisu.

Kali ini mereka seolah-olah merestui tindakan boikot ke atas produk Aliff Syukri.



Kenapa?

Itu kena tanya sama itu burung hud hud…

 

Kenapa Pihak Yang Dahulu Menentang Boikot KK Mart Membisu Bila Di Seru Boikot Produk Aliff Syukri

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading