Saksi Penting Akan Beri Keterangan Wujud Perintah Agong Agar Najib Jalani Hukuman Di Rumah

Siapa Saksi Penting Yang Akan Beri Keterangan Wujud Perintah Agong Agar Najib Jalani Hukuman Di Rumah

Siapa Saksi Penting Yang Akan Beri Keterangan Wujud Perintah Agong Agar Najib Jalani Hukuman Di Rumah

 

Seorang saksi penting akan mengikrar afidavit wujudnya titah adendum YDP Agong ke XVI agar DS Najib menjalani baki hukuman di rumah.

Peguam DS Najib, Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah ketika prosiding mendengar permohonan kebenaran DS Najib di hadapan hakim Amarjeet Singh.



Sehubungan itu, Muhammad Shafee memohon pendengaran permohonan anak guamnya ditangguhkan kepada 17 April ini.

Menurut Shafee, saksi penting itu kini sedang menjalani ibadah umrah di tanah suciMekah.

Dalam prosiding secara ex-parte itu, Peguam Negara yang dinamakan DS Najib sebagai responden diwakili Peguam Kanan Ahmad Hanir Hambaly.

Amarjeet kemudian membenarkan permohonan peguam senior itu dan turut mengarahkan supaya hujahan bertulis difailkan pada 15 April.



Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding berkenaan, Muhammad Shafee enggan mendedahkan identiti saksi penting tersebut.

Persoalan yang timbul adalah sekiranya titah adendum YDP Agong itu wujud, siapakah yang mengarahkan supaya ianya diabaikan?

Dan mengapa pula pihak yang terbabit berani mengabaikan titah yang dikeluarkan oleh YDP Agong?

Jelas tindakan tersebut tidak boleh dipandang ringan atau dibiarkan begitu sahaja kerana ianya adalah tindakan menghina dan menderhaka.



Meringan, menangguh atau memberi pengampunan penuh kepada pesalah adalah hak prerogatif YDP Agong dan ianya tidak boleh dicabar di mahkamah.

Sekiranya terbukti ada tangan yang mencaturkan penderhakaan tersebut, pihak pemerintah mesti mengambil tindakan tegas.

Kerana ianya adalah berkaitan kedaulatan YDP Agong dan Raja Raja Melayu.

Siapakah yang dimaksudkan oleh Shefee sebagai saksi penting yang akan mengikrarkan afidavit tersebut?



Adakah ianya dari salah seorang pegawai di Istana Negara atau pun salah seorang dari anggota Lembaga Pengampunan?

Rakyat sudah pasti tidak sabar untuk menunggu 17 April ini kerana identiti individu tersbut akan terdedah.

Janganlah terus menzalimi orang yang sedang dizalimi kerana dibimbangi kifarah yang datang nanti tidak tertanggung.

 



Siapa Saksi Penting Yang Akan Beri Keterangan Wujud Perintah Agong Agar Najib Jalani Hukuman Di Rumah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading