Bila Lebai Tak Dapat Bezakan Antara Wajib Dengan Sunat

Bila Lebai Tak Dapat Bezakan Antara Wajib Dengan Sunat

Bila Lebai Tak Dapat Bezakan Antara Wajib Dengan Sunat

 

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mengulangi pendirian dan polisi kerajaan negeri bahawa duit kerajaan negeri tidak akan digunakan bagi membiayai gaji pemain bola sepak.

Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata, bantuan kepada kelab bola sepak hanya disalurkan melalui KFA.



KFA selaku badan bola sepak negeri di mana KFA juga telah membantu dengan menyumbang RM16 juta kepada KDA FC sejak kelab itu ditubuhkan.

“Saya tak guna duit kerajaan untuk bayar gaji bola sepak, sama juga tak guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji kerja dalam syarikat.”

“Selama ni kita bantu KDA FC melalui KFA.”

“Dari mula KDA FC ditubuhkan sampai sekarang ni, KFA sudah bantu KDA FC sebanyak RM16 juta, ingat sikit ka?”



“Lepas tu ada yang kata kita tak tolong.”

“Polisi itu sangat mudah.”

“Duit bola kita cari duit lain.”

“KFA ada dan sudah tolong dengan jumlah RM16 juta sejak dulu dan sampai la ni pun masih lagi tolong.”



“Jumlah diberi pun juta la bagi baru ni, tapi saya tak mau bising.”

“RM16 juta kalau diberi kepada anak yatim macam ni cuba bayangkan tengok.”

“Kalau kita banding dengan kegunaan untuk bola mana lebih afdal?”

“Tentulah anak yatim,” kata Sanusi.



Mungkin Sanusi lupa atau tidak dapat bezakan yang mana satu wajib dan yang mana satu sunat.

KDA FC adalah di bawah KFA dan Sanusi adalah Presiden KFA.

Ini bermakna, KDA FC masih lagi di bawah tanggungjawab Sanusi.

Jika KDA FC gagal, bermakna itu adalah kegagalan Sanusi untuk membimbing KDA FC untuk mencari dana.



Sanusi juga jangan lupa bersedekah kepada anak yatim adalah sunat.

Walau pun ianya sangat dituntut, namun tidak menjadikan bertukar hukum dari sunat kepada wajib.

Sedangkan gaji pemain yang tertunggak adalah hutang yang wajib diselesaikan.

Tahniah rakyat Kedah, MB kami sempoi, tak gitu…



 

Bila Lebai Tak Dapat Bezakan Antara Wajib Dengan Sunat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading