19 April sebutan kes pemandu lori bunuh teman wanita

Oleh – Syeikh Baran


19 April sebutan kes pemandu lori bunuh teman wanita
Gambar Hiasan

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menetapkan 19 April ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang pemandu lori yang didakwa membunuh teman wanitanya dengan menolak wanita dari Thailand itu daripada tingkat 23 kondominium di Setia Alam, Februari lepas.

Peguam Sivahnanthan Ragava yang mewakili V. Nathan, 37, ketika dihubungi berkata kes itu akan dibuat di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali pada jam 9 pagi pada tarikh berkenaan.



Sebelum ini mahkamah memutuskan 7 Jun sebagai tarikh sebutan kes, namun tarikh baharu kini ditetapkan selepas timbul perkembangan baharu dalam kes berkenaan.

Nathan menghadapi pertuduhan membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH Setia Alam di sini pada 10.02 malam 28 Februari lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dengan 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati jika disabit kesalahan.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading